Wednesday, November 4, 2009

Selamat Datang ke Taman Bukit Permata

Terletak antara Taman Seri Gombak dan juga Pinggiran Batu Caves , Taman Bukit Permata merupakan sebuah kediaman yang harmoni dan nyaman serta selesa bagi lebih dari 100 keluarga yang telah mula menghuni taman ini sejak tahun 2004 . Taman yang dihuni oleh berbagai kaum ini sedang berusaha untuk memperbaiki kemudahan dan juga menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi mereka bersama melalui sebuah persatuan penduduk Bukit Permata yang yang berdaftar. Banyak permasalahan yang dapat mereka selesaikan melalui permuafakatan antara kaum dan yang paling ketara dan tampak berkesan adalah isu keselamatan di mana mereka telah berjaya bermuafakat bagi menyediakan pasukan RELA untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan ini.

Masyarakat Melayu di sini juga saling bersatu melalui program program yang dianjurkan oleh Surau Bukit Permata . Surau Bukit Permata juga adalah lambang penyatuan Masyarakat Melayu di taman ini di mana mereka telah berjaya mengutip sebanyak RM 350 ribu untuk membangun kan sebuah surau yang cantik dan selesa bagi umat Islam beribadah. Segala program dan juga keraian umat Bukit Permata diadakan dengan hasil muafakat AJK surau Biukit Permata. Banyak aktiviti keagamaan dan ke masyarakat diadakan di surau ini.

Bukit Permata juga akan mendapat sebuah Dewan Serbaguna yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju (Keruan Jaya Sdn Bhd) melalui MPS yang terletak di sebelah Surau Bukit Permata dalam masa yang terdekat . CF juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi Fasa Pertama Kediaman Bukit Permata.

Selamat Melayari Blog ini . www. Bukitpermata.blogspot.com . Hakikatnya halaman ini di bina adalah untuk merapatkan hubungan antara warga dan untuk menyebarkan berita berita dan informasi serta maklumat peting kepada penghuni Taman Bukit Permata dan sekitarnya .Blog ini juga akan berinteraksi dan kami juga mengumpul segala maklumat , pandangan dan cadangan yang membina dari warga Bukit Permata, Semoga warga Bukit Permata dapat memberikan sokongan kepada blog ini. Terima Kasih

Sign Board Taman Bukit Permata


Pasukan Rela yang mengawal keselamatan Taman BP

Pintu Gerbang Bukit Permata


Kawasan perumahan BP


Surau Bukit Permata


Tadika di kawasan Bukit Permata


Salah sebuah rumah Qariah Bukit Permata


Antara rumah di Bukit Permata


Salah satu rumah di taman Bukit Permata

Fasa 2 Bukit Permata


Fasa 3 - Yang terbaru


Pemandangan Kuala Lumpur dari kawsan perumahan BP


Fasa 3



0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP