Thursday, November 5, 2009

Majlis meraikan bakal Haji Kariah Bukit Permata pada 31 Oktober

31 Oktober 2009 - Bukit Permata , seawal subuh warga Bukit Permata telah bangun untuk menunaikan solat subuh berjemaah di surau Bukit Permata . Walaupun hujan yang turun seawal jam 5 pagi ini tidak melunturkan semangat mereka untuk bersama sama ke surau untuk menghadiri program meraikan warga Bukit Permata yang akan menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Di anggarkan seramai 20 orang warga Bukit Permata yang akan berlepas ke tanah suci bagi mengerjakan Ibadah Haji pada tahun ini.

Program pada hari berkenaan , selain dari meraikan bakal bakal Haji , mereka juga mengadakan Aqiqah . majlis di mulakan dengan peyembelihan seekor lembu dan melapah bahagian bahagian lembu untuk dijadikan hidangan majlis meraikan bakal haji . Pada tengah hari kariah telah solat zohor berjemaah , solat hajat , membaca surah yasin dan doa selamat. hampir seratus warga Buki Permata telah menghadiri majlis berkenaan.

Kami mendoakan kepada semua bakal haji agar di selamatkan perjalanan mereka dan semoga mereka mendapat menunaikan Haji mabrur Semoga diberikan kesihatan dan panjang kan usia . Amin.

2 comments:

Anonymous November 5, 2009 at 2:58 AM  

Tahniah kpd sdr moderator yg mewujudkan laman blog ini...

Hassan November 6, 2009 at 12:21 AM  

Tahnia kerana kelahiran blog ini.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP