Friday, November 27, 2009

Salam dari Mudzalifah

Blog Master telah menerima MMS dari tanah suci Meka untuk tatapan kawan kawan di tanah air.

Dari kiri : Pengerusi Surau : Sdr Nor Adha Sdr Ambri, Pak Din , Abang Long , Sdr Salim , Shahril Bendahari.

Salam dan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha dari mereka , maaf zahir dan batin .

Suasana Raya Qurban Surau Bukit Permata


Selamat di korbankan.

Gambar bawah : Tuan Anuar selepas solat Aidul Adha

Suasana Raya Qurban Surau Bukit Permata



Terpaksa sembahyang di luar, Tidak cukup tempat di dalam surau.

Imam Hj Nordin menyampaikan Khutbah Raya


Hari Raya Qurban di Surau Bukit Permata

Surau Bukit Permata telah mengadakan Sembahyang Hari Raya Qurban pada gari jumaat 28 Nov. Kariah Surau Bukit Permata telah menyembelih 2 ekor lembu sempena Hari Raya Qurban.


Wednesday, November 25, 2009

Pengumuman Program Aidil Adha

Assalamualaikum.

Aktiviti di surau Bukit Permata pada
27 Nov 2009 (jumaat)

Adalah seperti berikut

7.30 pg - Takbir raya
8.00 pg - Solat idil adha dan khutbah
9.15 pg - Majlis Qurban diikuti pengagihan daging Majlis dijangka selesai pada jam 12 tghari.

Pihak muslimah akan mengendalikan kerja-kerja memasak untuk jamuan makan.Sila maklumkan kpd jiran-jiran.Kami dari blog Bukit Permata dan warga Islam Bukit Permata ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sdr Zainal

AWAS kereta ini memandu dengan bahaya


Diharap persatuan penduduk dapat menasihat pemandu kereta ini yang tinggal di no 19 jalan Bp 12 untuk memandi dengan berhemah kerana jalan raya di kawasan taman ini bukan tempat Drag Race , Pemandu berbangsa Punjabi ini telah pun dinasihati oleh sekuriti tetapi tidak mengindahkan nasihat berkenaan, Perhatian Tuan Major Nick.

Wednesday, November 18, 2009

Kariah Bukit Permata berangkat ke tanah suci 19 Nov

Gambar: Sdr Shahid , Pak Din , Bakal Haji bergambar bersama teman teman di Komplek Tabung Haji Keana Jaya.

Rombongan terakhir kariah Bukit Permata telah berlepas dari surau Bukit Permata sebaik sahaja selesai mengerjakan Subuh ke komplek tabung Haji , Kelana Jaya.
Mereka adalah
1) En Shahid dan Isteri
2) En Nor Adha dan Isteri
3) En Hj Rahman
4) En Salim
Sementara En Din berlepas dari kediaman ke Kelana jaya . Seramai 5 Kariah berlepas hari yang akan mengambil penerbangan jam 1 tengah hari.
Imam masjid Bukit Permata telah membaca doa dan Azan bagi mengiringi pemergian bakal bakal jemaah Haji dari Bukit Permata. Kami warga Bukit Permata mendoakan agar mereka semua Selamat Beangkat dan Selamat Kembali agar memperolihi Haji Mabrur ~ Amin
Lagi gambar akan menyusul



Imam Surau Bukit Permata Tuan Hj Din sedang membaca doa selepas solat subuh bagi mengiringi pemergian kariah Bukit Permata bagi menunaikan Ibadah Haji.

Pengerusi Surau Bukit Permata Sdr Nor Adha yang menunaikan Haji bersama isteri.
Saudara Salim bergambar di Komplek Tabung Haji Kelana jaya bersama rakan rakan , sdr Muzalmi dan Sdr Hj Nazri.
Hj Rahman dan ayahanda tersayang yang turut menghantar beliau di Komplek Tabung Haji <>



Sdr Nor Adha (Pengerusi surau Bukit Permata) bermaafan dengan saudara dan sahabat seblum berangkat ke tanah suci

Tuesday, November 17, 2009

Aktiviti Cuti Sekolah

Surau Bukit permata menganjurkan Kelas Pengajian Agama semasa cuti sekolah 3 kali seminggu . Sessi bermula pada jam 10.30 pagi. Mulai 23 Nov 09. Dipimpin oleh Ust Mohd Khairul . Dijemput semua ibu bapa menghantar anak anak ke surau kita untuk menimba Ilmu. Minuman pagi disediakan.
Umur : 7 tahun hingga 15 tahun.
Bayaran : Derma seikhlasnya
Penghususan Ustaz Mohd Khairul
1. BA Hons Syariah Islamiah
2. Diploma Pegajian Bahasa Arab

~ Hj Abdul Rahman.

Sunday, November 15, 2009

Dr Ismail berangkat pada 16hb Nov ke tanah suci

16 Nov - 10.30 pagi , Dr Ismail dari BP 6 berangkat ke KLIA untuk ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah Haji. Sahabat sahabat dari Bukit Permata turut hadir di rumah beliau untuk mendoakan agar perjalanan beliau Selamat pergi dan selamat kembali serta dapat mengerjakan Haji Mabrur.

Dr Ismail berangkat ke Mekah atas quota jemputan khas Arab Saudi bagi wakil kerajaan Malaysia. Beliau yang mewakili UIA . Seluruh warga Islam Bukit Permata mengucapkan Selamat berangkat dan Selamat kembali .

Dato' Hassan Ali bertemu kariah Bukit Permata - 15 Nov

1.Gambar pengerusi BPRA , Sdr Hj Rahman memberikan sedikit taklimat

2. Gambar YB Dato Hassan Ali mendengar taklimat.

Exco kerajaan Negeri Selangor merangkap Adun Gombak telah bertemu dengan Kariah Masjid Bukit Permata , selepas Zohor 15 Nov.

Saudara Hj Rahman selaku Pengerusi BPRA telah memberikan sedikit penerangan tentang masalah yang dihadapi oleh warga Bukit Permata.

1. Masalah lalat di mana ada orang orang yang tidak bertanggung jawab telah membuka kebun sayur di tanah perkuburan Cina dan dalam pertemuan dengan MPS mereka telah diberikan tempuh seminggu untuk keluar dari tapak berkenaan ia itu pada 9 Nov tetapi tidak berbuat demikian.
2, Masalah jalan utama bagi pintu masuk Taman Bukit Permata.
3. Masalah tanah perkuburan Melayu di pintu masuk sementara yang kini menjqadi tempat pembuangan sampah.
4. Masalah anjing berak merata rata.

dan beberpa perkara yang berbangkit dan beliau berjanji aka cuba menyelesaikan dengan segera.

beliau sempat makan tengah hari di satu majlis doa Selamat di rumah En Shahid yang akan berangkat menunaikan ibadah haji pada 19 Nov ,

Musim Haji

Gambar 1: Sahabat sahabat yang turut menghantar ke komplek tabung haji .

Gambar 2 : Pengerusi Surau Bukit Permata. Sdr Nor Adha bersama Imam Surau Bukit Permata , Hj Din ketika majlis doa selamat di rumah Sdr Nor Adha.


Gambar 3 : Dato Dr Hassan Ali menghadiri majlis doa selamat di rumah En Shahid bagi meraikan pemergian En Shahid menunaikan ibadah Haji bersama isteri pada 19hb Nov

Alhamdulillah , Kariah Bukit Permata juga turut bersama umat Islam yang lain dari seluruh dunia melaksanakan ibadah Haji tahun ini.

Berlepas :
10 Nov
Sdr Samad dan keluarga

15 Nov (Penerbangan tertangguh 16 Nov)

1. Saudara Shahril dan Isteri (Bendahari surau)
2. Saudara Ambri dan isteri

16 Nov
Dr Ismail (Ketua Biro Pelajaran )

19 Nov Di jangka bertolak dari Surau Bukit Permata jam 4.30 pagi 19 Nov
1. Sdr Shahid dan isteri (Ketua Biro Harta Benda)
2. Sdr Nor Adha dan isteri (Pengerusi Surau BP)
3.Hj Rahman
4. Pak Din.

Semoga Selamat berangkat dan Selamat Kembali serta mendapat Haji Mabrur.

Bukit Permata juga ada kandang ternakan Kuda

Macam macam ada di Bukit Permata , yang terbaru , kini muncul pula ladang ternakan kuda di jalan 7 , Bukit Permata ??????

Friday, November 13, 2009

Ceramah agama di surau Bukit Permata oleh YBhg Ust Muzairi Mustafa

13 Nov , Surau Bukit Pemata telah mengadakan ceramah agama selepas solat maghrib yang disampaikan oleh YBhg Ust Muzairi Mustafa Qariah Surau Bukit Permata telah berpeluang menambahkan ilmu dan juga berpeluang bertanyakan soalan soalan untuk dijawab oleh ustaz.

Anda yang ingin mengikuti ceramah agama ini , sila layari blog ini untuk melihat program program yang dianjurkan oleh pihak surau Bukit Permata.



Sabtu 14 Nov

Jam 12 T Hari : Kenduri doa selamat sempena beliau akan menunaikan Ibadah Haji di rumah sdr Shahril - bendahari surau Bukit Permata di no 27 BP 5

Jam 2 T Hari : Kenduri doa selamat sempena beliau akan menunaikan Ibadah Haji di rumah Sdr Adha , Pengerusi Surau Bukit Permata . No 54 BP 3 A

Selepas Asar , Kenduri doa selamat di jalan BP12 , Qariah Bukit Permata.

Ahad 15 Nov

Selepas Zohor - Kenduri doa Selamat sempena beliau akan menunaikan Ibadah Haji , Sdr Shahid No 46 BP 5


Wednesday, November 11, 2009

Al fatihah - Daripada nya kita datang kepada nya kita kembali

Al Fatihah , Allahyarhamah Puan Zakiah telah kembali ke rahmatullah malam semalam 10 Nov 2009 pada jam 9.45 malam di Hospital Universiti Petaling Jaya. Jenazah akan di sempurna kan di surau Ubudiah pada jam 9 pagi esok 11 Nov 2009 dan akan disemadikan di tanah perkuburan orang Islam Batu Muda. Jenazah yang dibawa pulang ke rumah pada jam 11.30 malam di alamat no 27 jalan BP 6 Taman Bukit Permata . Allahyarhamah adalah isteri kepada Hj Khairuddin meninggal kan seorang anak yang masih menuntut di UIA. Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama orang orang yang solehi dan semoga diampuni dosa dosa serta jauhi lah dari seksaan kubur, amin

Thursday, November 5, 2009

Untuk menghubungi kami

Kami mengalu-alukan warga Bukit Permata untuk memberikan sebarang cadangan bagi memperbaiki blog ini untuk kita menafaatkan bersama bagi menjadikan blog ini sebagai wadah penyampaian maklumat yang terkini kepada warga Bukit Permata.

Untuk menghubungi kami :
Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Permata
Sdr Hj Abdul Rahman bin Abdul Ghafor
Tel:017 3535330
Email: arag2005@gmail.com

Pengerusi Surau Bukit Permata
Saudara Nor Adha Bin Yahya
Tel: 019 3226144
Email : adha@kpna.com.my

Ketua Biro Penerangan
Sdr Zamzuri
Tel: 017 3611665
Email:

WAKIL WANITA
PN Roziyaton Binti Jamaluddin
Tel: 013 2640033

Editorial :

Zack Backer
SMS: 010 2992728
Email: Zack1504@gmail.com

Hubungi kamu di Bukitpermata1@gmail.com

Majlis meraikan bakal Haji Kariah Bukit Permata pada 31 Oktober

31 Oktober 2009 - Bukit Permata , seawal subuh warga Bukit Permata telah bangun untuk menunaikan solat subuh berjemaah di surau Bukit Permata . Walaupun hujan yang turun seawal jam 5 pagi ini tidak melunturkan semangat mereka untuk bersama sama ke surau untuk menghadiri program meraikan warga Bukit Permata yang akan menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Di anggarkan seramai 20 orang warga Bukit Permata yang akan berlepas ke tanah suci bagi mengerjakan Ibadah Haji pada tahun ini.

Program pada hari berkenaan , selain dari meraikan bakal bakal Haji , mereka juga mengadakan Aqiqah . majlis di mulakan dengan peyembelihan seekor lembu dan melapah bahagian bahagian lembu untuk dijadikan hidangan majlis meraikan bakal haji . Pada tengah hari kariah telah solat zohor berjemaah , solat hajat , membaca surah yasin dan doa selamat. hampir seratus warga Buki Permata telah menghadiri majlis berkenaan.

Kami mendoakan kepada semua bakal haji agar di selamatkan perjalanan mereka dan semoga mereka mendapat menunaikan Haji mabrur Semoga diberikan kesihatan dan panjang kan usia . Amin.

Wednesday, November 4, 2009

Tiada tanda mereka akan berpindah

Tidak nampak seperti mereka mahu berpindah dan akur kepada keputusan dan arahan Mesyuarat yang telah di adakan di majlis Perbandaran Selayang pada 2 Nov yang lalu. Hari ini 5 Nov dan mereka hanya mempunyai 4 hari sahaja lagi untuk memindahkan dan membersihkan kawasan kebun sayur di jerat Cina berhampiran Bukit Permata . Namun tinjauan krew kami pagi tadi , kerja kerja masih dijalankan seperti biasa . Baja masih ditabur dan sayuran masih ditanam.

Apakah ada perkara yang tidak kena sedang berlaku ? kita akan menunggu sehingga 8 hb dan sementara itu kami akan terus melaporkan perkembangan terkini.














Senarai Ahli jawatan kuasa Persatuan Penduduk Bukit Permata

Sila emailkna kepada saya di Zack1504gmail.com

Senarai Ahli Jawatan Kuasa Surau

Pengerusi Surau :
Sdr Nor Adha Bin Yahya (menunaikan ibadah Haji)

Timbalan Pengerusi :

Tuan Syed Mansor Bin Syed Yasin (memangku jawatan Penegrusi )

Jawatan Pengurusan Surau
1. Setiausaha : Zainal Abidin Bin Ahmad
2. Bendahari : Syahril Anuar bin Awang Kecik
Ketua Biro Khairat Kematian ( Menunaikan Haji)

Di pangku oleh Capt Mohd Anuar

3, Pemereksa kira kira 1 : Mohd Rizal bin Mohd Jaafar

4. Pemereksa kira kira 2: Hj Iskandar Bin Abdul Wahab

5. Wakil Pemuda : Hj Mohd Rawi Bin Mohd Jaafar
(Ketua Biro Riadah)

6. Wakil Wanita : Roziyaton Binti Jamaluddin
(Pengerusi Jawtan kuasa kecil Musliah)

7. Wakil Wanita : Mastura Binti Abdul

8. AJK : Shahid Mohamad Bin Tuan Soh (menunaikan haji)
(ketua Biro Harta Benda)

9. AJK : Ambri Bin Hassan

10. AJK : Che Anua bin Che Omar

11. AJK : Hj Abdul Rahman Bin Abdul Ghafoor (menunaikan haji)

12. AJK : Azidin Bin Sulaiman

13. AJK : Mohamed Suhaimi Bin Zakaria

14. AJK : Zamsuri bin Hj Mahmood
(Ketua biro Penerangan )

Jawatankuasa Kecil Imam Bilal

1) Imam : Hj Nordin
2) Bilal : Mohd Anuar Bin Lahamin
3) Bilal 2: MohdAzraee bin Othman
(Ketua Biro Selemggara)
4) AJK /Penasihat : Hj Masnawi bin Aton
5) AJK/Penasihat : Syed Mohamad Jaafar
6) AJK / Penasihat : Dr Mohammad Ismail Bin Mohammad Yunus
(Ketua Biro Pendidikan) (menunaikan Haji)

Ketenteraman dan keselesaan kami terganggu oleh Lalat





Caption gambar - Tanah Perkubura Islam yang menjadi tempat pelupusan sampah (Gambar atas ) Tanah Perkuburan Cina yang di jadikan kebun sayur (dua gambar bawah)

Semenjak kebelakangan ini warga Bukit Permata mulai resah apabila kediaman mereka dan juga Surau tempat mereka beribadah diserang oleh lalat yang mengganggu keselesaan dan ketenteraman warga Bukit Permata. Setelah mereka membuat penyiasatan , mereka mendapati punca lalat sebenarnya adalah kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawab kini sedang menabur baja di kawasan perkuburan Cina yang terletak bersebelahan Bukit Permata. Pihak Persatuan Kubur Cina telah menyewa kawasan kubur yang belum di isi kepada pekebun Cina untuk di majukan sebagai kebun sayur,

Persoalan nya adalah , bagaimana tanah yang bertaraf status perkuburan dan bukan taraf pertanian boleh diluluskan sebagai tanah pertanian. bagaimana pula kebun sayur boleh di adakan berhampiran kawasan perumahan. Pihak Persatuan Penduduk bukit Permata tekah membuat aduan kepada MPS , Jabatan Kesihatan dan wakil Persatuan Bukit Permata (Berdaftar dan sah) telah di panggil untuk bermesyuarat dengan MP pada 2 hb Nov 2009 . Mereka telah memutuskan bahawa kebun sayur ini perlu di pindah kan dalam tempuh masa seminggu dari tarikh berkenaan. Ini bermakna pada 9 hb Nov , Kebun sayur ini tidak boleh lagi wujud di kawasan berkenaan dan juga di minit kan bahawa sekiranya ini tidak berlaku , pihak Bukit Permata akan membuat laporan Polis. Wakil Bukit Permata di wakili oleh Ketua Penerangan En Zamzuri , Syed Mohammad , Mr Woo

Sementara itu tanah perkuburan Islam pula yang terletak sebelah tanah perkuburan Cina menjadi tempat pembunagn sampah dan tamah pasirnya pula di curi oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab

Selamat Datang ke Taman Bukit Permata

Terletak antara Taman Seri Gombak dan juga Pinggiran Batu Caves , Taman Bukit Permata merupakan sebuah kediaman yang harmoni dan nyaman serta selesa bagi lebih dari 100 keluarga yang telah mula menghuni taman ini sejak tahun 2004 . Taman yang dihuni oleh berbagai kaum ini sedang berusaha untuk memperbaiki kemudahan dan juga menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi mereka bersama melalui sebuah persatuan penduduk Bukit Permata yang yang berdaftar. Banyak permasalahan yang dapat mereka selesaikan melalui permuafakatan antara kaum dan yang paling ketara dan tampak berkesan adalah isu keselamatan di mana mereka telah berjaya bermuafakat bagi menyediakan pasukan RELA untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan ini.

Masyarakat Melayu di sini juga saling bersatu melalui program program yang dianjurkan oleh Surau Bukit Permata . Surau Bukit Permata juga adalah lambang penyatuan Masyarakat Melayu di taman ini di mana mereka telah berjaya mengutip sebanyak RM 350 ribu untuk membangun kan sebuah surau yang cantik dan selesa bagi umat Islam beribadah. Segala program dan juga keraian umat Bukit Permata diadakan dengan hasil muafakat AJK surau Biukit Permata. Banyak aktiviti keagamaan dan ke masyarakat diadakan di surau ini.

Bukit Permata juga akan mendapat sebuah Dewan Serbaguna yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju (Keruan Jaya Sdn Bhd) melalui MPS yang terletak di sebelah Surau Bukit Permata dalam masa yang terdekat . CF juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi Fasa Pertama Kediaman Bukit Permata.

Selamat Melayari Blog ini . www. Bukitpermata.blogspot.com . Hakikatnya halaman ini di bina adalah untuk merapatkan hubungan antara warga dan untuk menyebarkan berita berita dan informasi serta maklumat peting kepada penghuni Taman Bukit Permata dan sekitarnya .Blog ini juga akan berinteraksi dan kami juga mengumpul segala maklumat , pandangan dan cadangan yang membina dari warga Bukit Permata, Semoga warga Bukit Permata dapat memberikan sokongan kepada blog ini. Terima Kasih

Sign Board Taman Bukit Permata


Pasukan Rela yang mengawal keselamatan Taman BP

Pintu Gerbang Bukit Permata


Kawasan perumahan BP


Surau Bukit Permata


Tadika di kawasan Bukit Permata


Salah sebuah rumah Qariah Bukit Permata


Antara rumah di Bukit Permata


Salah satu rumah di taman Bukit Permata

Fasa 2 Bukit Permata


Fasa 3 - Yang terbaru


Pemandangan Kuala Lumpur dari kawsan perumahan BP


Fasa 3



  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP