Wednesday, November 4, 2009

Ketenteraman dan keselesaan kami terganggu oleh Lalat





Caption gambar - Tanah Perkubura Islam yang menjadi tempat pelupusan sampah (Gambar atas ) Tanah Perkuburan Cina yang di jadikan kebun sayur (dua gambar bawah)

Semenjak kebelakangan ini warga Bukit Permata mulai resah apabila kediaman mereka dan juga Surau tempat mereka beribadah diserang oleh lalat yang mengganggu keselesaan dan ketenteraman warga Bukit Permata. Setelah mereka membuat penyiasatan , mereka mendapati punca lalat sebenarnya adalah kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawab kini sedang menabur baja di kawasan perkuburan Cina yang terletak bersebelahan Bukit Permata. Pihak Persatuan Kubur Cina telah menyewa kawasan kubur yang belum di isi kepada pekebun Cina untuk di majukan sebagai kebun sayur,

Persoalan nya adalah , bagaimana tanah yang bertaraf status perkuburan dan bukan taraf pertanian boleh diluluskan sebagai tanah pertanian. bagaimana pula kebun sayur boleh di adakan berhampiran kawasan perumahan. Pihak Persatuan Penduduk bukit Permata tekah membuat aduan kepada MPS , Jabatan Kesihatan dan wakil Persatuan Bukit Permata (Berdaftar dan sah) telah di panggil untuk bermesyuarat dengan MP pada 2 hb Nov 2009 . Mereka telah memutuskan bahawa kebun sayur ini perlu di pindah kan dalam tempuh masa seminggu dari tarikh berkenaan. Ini bermakna pada 9 hb Nov , Kebun sayur ini tidak boleh lagi wujud di kawasan berkenaan dan juga di minit kan bahawa sekiranya ini tidak berlaku , pihak Bukit Permata akan membuat laporan Polis. Wakil Bukit Permata di wakili oleh Ketua Penerangan En Zamzuri , Syed Mohammad , Mr Woo

Sementara itu tanah perkuburan Islam pula yang terletak sebelah tanah perkuburan Cina menjadi tempat pembunagn sampah dan tamah pasirnya pula di curi oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP